Tiktok:
  • 212290
    Global Ranking
  • 6609
    Country/Region Ranking
  • 294.52K
    Followers
  • 134
    Videos
  • 5.14M
    Likes
  • New Videos
    10
  • New Followers
    931
  • New Views
    930.53K
  • New Likes
    97.93K
  • New Reviews
    1.65K
  • New Share
    4.65K

teme Abdullah  Data Trend (30 Days)

teme Abdullah Statistics Analysis (30 Days)

teme Abdullah Hot Videos

teme Abdullah
I’m back!! Haritu, lepas siap menulis novel Rahsia Danny, saya terus fly untuk short getaway. Mengambil nasihat daripada orang sekeliling untuk take a break. Selepas jaga ibu saya yang berbulan-bulan terlantar di hospital, saya terus sibuk dengan hal yang lain pula. Kerja, tulis buku, dan sebagainya. So kalini, saya pun fly ke Slovenia dari UK. Sejak haritu saya tahannnn je perasaan tak sabar nak tunjuk view-view ni kat kalian hahaha! Dah lama tak ‘bawak’ kalian travel sekali macam ni. Sekarang musim pesta buku dah habis, so bolehla saya post!
411.69K
50.53K
12.27%
438
1.12K
2.48K
teme Abdullah
Beberapa tahun akhir ni, saya hanya mampu menulis satu buku setahun je. Nampaknya begitu juga tahun ini. Alhamdulillah, setelah berbulan menulis, saya dah ada 1 buku baru! Bismillah… inilah cover buku baru saya! Perkenalkan, Rahsia Danny tajuknya! Pukul 9 malam ni, kita akan buka pre-order untuk 10,000 naskhah terawal. Pre-order akan ditutup pada 4 Mei (11:59 malam) atau jika direzekikan habis lebih awal 🥹 Alhamdulillah, kenangan indah tahun lalu (novel Bayang Sofea), 5,000 naskhah pre-order habis dalam 10 minit. Kita pun tak sangka. Syukur, tahun ini kita berjaya usaha untuk naikkan had jadi 10,000 naskhah. Maka, lebih ramai berpeluang untuk dapatkan buku cetakan pertama, hadiah, dan promosi pembeli terawal. Ya, ia tetap terhad. Kita perlu letakkan had bukan sengaja nak buat dia limited tau? Terus terang, tak berniat begitu pun untuk buku ni. Kita hadkan untuk pastikan perkhidmatan dan penghantaran yang terbaik untuk pembeli dan pembaca terawal. Dan modal kita belum banyak untuk beri hadiah percuma & promosi HAHAHA. Sebolehnya, kita nak cuba kekalkan harga buku bawah RM40 walaupun tebal. Doakan satu hari nanti kita mampu untuk berikan hadiah percuma dan promosi pembeli terawal dengan lebih banyak kepada para pembaca ya? Kali ini, kita fokus 10,000 naskhah dulu. Sementara menanti pukul 9 malam ni, kalian scroll-scroll lah social media saya untuk dapatkan info-info berkaitan buku ni. InsyaAllah, saya dah kongsikan apa yang kalian perlu tahu dengan lengkap agar kalian boleh putuskan untuk beli atau tidak. Dah puas baca maklumat dan lihat lukisan-lukisan berkaitan Rahsia Danny, link pre-order ada menunggu kalian! Cuma saya tak boleh post or mention di sini. Kalian kena cari sendiri 🥹🙏🏻 Perincian novel Rahsia Danny: 🔴 RM35 semenanjung, RM38 Sabah/Sarawak. 🔴 545 muka surat. 🔴 Kulit lembut (paperback). 🔴 Setiap naskhah terawal ini akan dapat hadiah percuma 2 bookmarks, dan RM5 sahaja untuk tambah Book Badge! 🔴 Buku + Book Badge + 2 bookmarks = RM40 (PILIHAN TERBAIK) • PRE-ORDER MALAM NI! • • 9 MALAM • 1 MEI 2025 • • TERHAD 10,000 NASKHAH PRE-ORDER • • HADIAH & BOOK BADGE TERHAD • Terima kasih baca sampai sini! Dan terima kasih kerana mengikuti perkembangan karya saya hingga ke hari ini. Saya sangat hargai 🥹🌹. #RahsiaDanny #PBAKL2025
173.18K
13.42K
7.75%
179
430
1.13K
teme Abdullah
Di negara sejuk, suhu yang rendah tu mungkin kita boleh tahan. Tapi, suhu sejuk + berangin, memang boleh sampai ke tahap menyeksakan. Telinga rasa pedih, jari-jemari pun rasa sakit-sakit, otot-otot muka terasa tegang, bibir jadi menggelupas, hidung pedih dan kebas. Sampai kadang-kadang tu hingus keluar pun tak sedar. Dan… semua itu akan lebih sakit kalau kita duk melukis outdoor. Nampak dah ke mana hala tuju saya? HAHAHA! Oleh sebab itu, saya sempat siapkan 1 outdoor sketch je untuk short getway kalini. Bukan sengaja taknak lukis banyak-banyak untuk kalian tau? Seksa sangat melukis kat tempat berangin ni 😭 Alhamdulillah, siap jugak satu lukisan! 🥹 #art #artist #sketch #urbansketch #artwork #drawing #sketching #sketchbook #painting #illustration #watercolor #travel #writer #writing #author #book #penulis #penulisMalaysia #temeabdullah
107.59K
18.48K
17.18%
121
261
605
teme Abdullah
Saya tak bercadang nak coret panjang-panjang, kerana sudah ada lebih 100,000 perkataan coretan saya dalam Rahsia Danny yang kalian kena hadap nanti. Kesian lah kalian 🥹 Alhamdulillah… 10,000 naskhah Rahsia Danny sold out dalam masa 25 minit malam tadi. Tahun lalu, saya dah cukup terharu dan tak sangka bila 5,000 naskhah Bayang Sofea habis dalam 10 minit. Tahun ni, sambutan itu berganda. Tipulah tak gembira. Saya exited sampai nak demam semalam HAHAHA! Macam budak-budak! Saya sedar, semua itu lebih daripada sekadar angka. Padanya, terselit sebuah kepercayaan setelah bertahun-tahun saya menulis, yang kalian terjemahkan kepada sokongan, yang datang bersama beban amanah di atas bahu saya. Saya sedar betapa besarnya kepercayaan ini. Satu tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat kelak. InsyaAllah, saya akan terus perbaiki niat saya dalam perjuangan melalui pena ini. Saya akan terus mencuba menulis dengan lebih baik, berhati-hati, dan dalam masa yang sama memberikan pengembaraan menyeronokkan buat kalian. Doakan saya ya? Saya juga risau. Saya benar-benar bimbang yang Rahsia Danny tidak mencapai apa yang kalian harapkan. Namun itulah yang terbaik oleh saya pada masa itu. Saya minta maaf atas yang terlebih dan terkurang. Saya janji, saya akan perbaiki. Ok tu je! Tak sabar nak tunggu kalian terima naskhah masing-masing! Kalian literally bakal pemegang ‘rahsia Danny’ hahaha. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut 😉 Buat yang tak sempat semalam, jangan risau, insyaAllah 15 Mei ini Rahsia Danny akan kembali available di semua platform (mungkin juga di kedai-kedai buku)! Ia akan ada di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 juga. Terima kasih, terima kasih, dan sekali lagi ribuan terima kasih. To many more journeys and memories, insyaAllah. Jaga diri! 🌹
61.83K
3.43K
5.54%
28
137
66
teme Abdullah
Perkenalkan, inilah Danny dan papanya, Encik Ilyas! Seperti yang saya janji semalam, harini saya akan mula upload lukisan watak-watak daripada Rahsia Danny. Saya lukis Danny di zaman persekolahan bersama papanya. Danny membawa papanya untuk check-up di hospital. Novel Rahsia Danny dah available di showcase saya! Free 2 bookmarks limited masih ada setakat hari posting ini! #RahsiaDanny #BayangSofea #author #Penulis #PenulisMalaysia #pbakl #PBAKL2025 #klibf #KLIBF2025
53.87K
4.3K
7.98%
23
143
87
teme Abdullah
Buat yang nak beli online, buku ni ada di showcase saya! Sebelum ni saya ada upload lukisan salah satu watak daripada Rahsia Danny iaitu Razman ketika waktu kecil. Saya lukis Razman dan Danny berdiri bersebelahan di zaman persekolahan. Masa tu, ramai yang request saya lukis Razman versi dewasa pula. Maka saya ambil masa sikit untuk siapkan lukisan ni. Alhamdulillah dah siap!! So inilah dia Razman (kiri) yang dah dewasa, seorang yang selalu menjadi sasaran buli di zaman persekolahan, berdiri bersama Danny (kanan), seorang yang pernah dibuang sekolah kerana membuli Razman. Setelah berbelas tahun terpisah, Razman terjumpa kembali dengan Danny. Dulu, Danny terkenal sebagai samseng sekolah dan banyak membuat onar hingga dibuang sekolah. Kini, nampaknya tidak banyak yang berubah. Danny dalam senarai suspek pula oleh pihak berkuasa Nusaraya. Saya tak boleh cerita banyak-banyak sangat kang tertulis spoiler HAHAHA! Sorryla kita ni terlebih excited kalau share pasal buku! Buat yang berminat nak beli, Rahsia Danny ada di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur! Terima kasih atas sambutan hangat sampai top 1 BESTSELLER dari hari pertama hingga sekarang! Buku Bayang Sofea pun naik top 2! Terima kasihhhhh! 😭💕 Rahsia Danny & Bayang Sofea ada juga di kedai-kedai buku seluruh Malaysia tau? Online pun ada! Buat yang nak beli online, dua-dua buku ada di showcase saya! #RahsiaDanny #BayangSofea #author #Penulis #PenulisMalaysia #pbakl #PBAKL2025 #klibf #KLIBF2025
52.04K
2.33K
4.47%
11
75
61
teme Abdullah
Haritu, lepas saya post lukisan Danny dan papanya, ramai DM saya suruh relaks dulu, jangan post laju-laju sangat lukisan-lukisan watak. Sebabnya, mereka belum habis baca pastu dah banyak terbaca spoiler kat komen HAHAHA! SAYA FAHAMMM! Maka sebab itulah saya hold lukisan Danny bersama seseorang di zaman persekolahan ini hingga ke hari ini. Esok, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur akan bermula! Buku Rahsia Danny pun insyaAllah akan available merata-rata nanti. Hari ini juga, dah 20 hari lebih sejak pre-order Rahsia Danny dibuka. Maka saya rasa, ramai orang dah habis baca. Review pun dah banyak, alhamdulillah. Jadi bolehla kot saya post lukisan ni ✌🏻🥹. Perkenalkan, ini Razman! Dan yang tinggi tu Danny, a.k.a Shark! Ini waktu zaman persekolahan macam yang diceritakan dalam beberapa bab dalam Rahsia Danny. Kalau yang pernah baca Bayang Sofea, kan ada scene atas private jet, Danny dan Sofea berbual berkaitan cerita Danny dibuang sekolah sebab buli anak pengetua kan? Inilah anak pengetua tu! Razman namanya. Dalam Rahsia Danny pula, watak mangsa buli ini akan banyak kali muncul. Buat yang berminat nak beli online, ada di showcase saya! Selamat berpesta buku esok!! #RahsiaDanny #BayangSofea #author #Penulis #PenulisMalaysia #pbakl #PBAKL2025 #klibf #KLIBF2025
38.96K
2.47K
6.34%
9
75
34
teme Abdullah
Terima kasih atas rating yang sangat tinggi untuk buku Rahsia Danny ni 🥹 Untuk somehow mencuba balas sambutan kalian, saya tangguhkan video promosi bag kuning Rahsia Danny ni sehingga hampir 2 bulan. Saya nak beri ruang untuk kalian buat income melalui jualan affiliate banyak-banyak dulu sebelum saya sendiri buat video bag kuning. Seronok tengok kalian dapat commision untuk jualan Rahsia Danny dekat 8k dah walaupun baru sebulan lebih di tiktok! Tahniah semuaaa! Jadi, inilah video bag kuning pertama saya untuk Rahsia Danny! Ada masa, insyaAllah saya buat banyak-banyak video lagi pasal Rahsia Danny dan maybe buku-buku saya yang lain juga ya? Awak semua ada cadangan? #RahsiaDanny #BayangSofea #author #Penulis #PenulisMalaysia #pbakl #klibf #novel #writer #writertok #book #booktokMalaysia
36.45K
3.66K
10.04%
39
120
153
Please join our TikTok Inspiration Facebook group
We'll share the latest creative videos and you can discuss any questions you have with everyone!
TiktokSpy from IXSPY
Digital tools for influencers, agencies, advertisers and brands.
Independent third-party company,Not the TikTok official website.
Copyright@2021 ixspy.com. All Rights Reserved