Tiktok:
  • 70125
    Global Ranking
  • 538
    Country/Region Ranking
  • 765.39K
    Followers
  • 469
    Videos
  • 4.69M
    Likes
  • New Videos
    26
  • New Followers
    4.83K
  • New Views
    2.01M
  • New Likes
    151.89K
  • New Reviews
    11.9K
  • New Share
    9.8K

Anwar Ibrahim  Data Trend (30 Days)

Anwar Ibrahim Statistics Analysis (30 Days)

Anwar Ibrahim Hot Videos

Saya kini di Australia dalam rangka lawatan kerja ke Melbourne dan Canberra selama empat hari. Jadual yang sedia padat hari ini terisi dengan sesi pertemuan bersama rakan sejawat saya PM Anthony Albanese dalam usaha mempererat hubungan persahabatan Malaysia-Australia selain menyentuh beberapa hal dan perkara yang semestinya dekat dengan kepentingan kedua-dua negara sahabat. #MalaysiaMADANI
734.23K
72.23K
9.84%
0
4.18K
6.99K
Saya telah menghubungi sahabat saya dan juga pemimpin utama gerakan Hamas Ismail Haniyeh petang tadi bagi menyampaikan takziah atas berita yang begitu mendukacitakan tatkala tiga orang anaknya yakni Hazem, Amir and Mohammad termasuk empat orang cucu yang terkorban dalam serangan udara oleh rejim ganas Zionis semalam. Saya mewakili seluruh rakyat Malaysia menyatakan solidariti yang tidak berbelah bahagi dan semangat kebersamaan yang tinggi bersama keluarga Ismail serta seluruh rakyat Palestin yang telah kehilangan keluarga tersayang. Kehilangan nyawa insan yang tidak berdosa, terutamanya kanak-kanak dalam suasana cukup tragik ini adalah amat sukar diterima oleh mana-mana manusia. Malaysia menzahirkan kecaman dan kutukan sekeras-kerasnya ke atas rejim biadab Zionis Israel yang berterusan melakukan genosid kebencian ke atas warga Palestin. Serangan jijik rejim Zionis ini membuktikan mereka tidak punyai keinginan melakukan gencatan senjata seperti yang telah dituntut Majlis Keselamatan PBB tempoh hari dan tidak tunduk dan patuh kepada prinsip hukum dan undang-undang antarabangsa. Serangan kurang ajar oleh rejim pengecut Zionis Israel ini hanya melenyapkan sebarang harapan ke arah penyelesaian secara aman dengan prinsip kemanusiaan dan hak asasi manusia terus diinjak tanpa noktah. Malaysia sekali lagi mendesak keras komuniti antarabangsa untuk bertindak tegas dan mempertanggungjawabkan rejim Zionis Israel atas kezaliman ini dan mesti bekerja untuk menjelmakan keamanan buat rakyat Palestin yang telah secara konsisten dinafikan sejak 75 tahun lampau. ANWAR IBRAHIM
695.58K
53.71K
7.72%
0
1.51K
2.26K
Alhamdulillah, selamat tiba di kota Berlin bagi memulakan lawatan rasmi selama lima hari atas jemputan kerajaan Jerman. Saya juga turut disertai Menteri Luar, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Kunjungan ini akan membuka peluang kepada saya dan pemimpin Jerman membincangkan kemajuan hubungan kedua-dua negara selain menerokai bentuk kerjasama baharu. Lawatan ini juga membolehkan saya berkongsi persekitaran kondusif negara dalam usaha menarik para pelabur berpotensi dari Jerman untuk melabur di Malaysia. Doakan urusan saya dan delegasi Malaysia di Jerman dipermudahkan, Insya-Allah. #MalaysiaMADANI
247.24K
9.54K
3.86%
0
825
247
Ucaptama saya tatkala Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan pagi ini menekankan bahawa ekonomi Malaysia telah menjadi lebih stabil pascapandemik. Kadar inflasi pada suku keempat tahun 2023 hanya pada kadar 1.6% ketimbang 2.2% pada suku ketiga. KDNK negara kekal bertumbuh pada kadar 3.7% di tahun 2023, meski berdepan pelbagai asakan dan kemeruapan ekonomi global. Dengan peningkatan eksport sebanyak 8.7% pada Januari 2024, serta banyak lagi ikhtiar Kerajaan untuk merancakkan ekonomi, insya-Allah peningkatan KDNK pada tahun ini akan lebih mampan pada kadar 4% hingga 5% seperti diunjur oleh Kerajaan. Kerajaan MADANI bertegas memastikan rakyat tidak diasak oleh pihak-pihak yang ingin mengambil keuntungan berlebihan, lebih-lebih lagi bagi barangan keperluan harian seperti beras. Bagi memperkukuh bantuan kepada golongan yang perlu, Kerajaan akan terus konsisten dengan pendekatan mensasarkan semula bantuan dan subsidi serta memastikan bantuan dan subsidi itu benar-benar sampai kepada rakyat yang memerlukan, dan ini lebih dekat dengan makna keadilan. Sekiranya kita faham bahawa pendekatan subsidi pukal yang diguna pakai dahulu turut memanfaatkan golongan kaya dan warga asing, mengapa lagi mahu diteruskan? Lantaran itu, subsidi mesti diarahkan semula kepada masyarakat yang melarat dan terpinggir, dan ini tentunya mencakup golongan miskin bandar dan desa. Tuduhan kononnya Kerajaan MADANI berlaku zalim dan tidak melunaskan wang ehsan kepada negeri Terengganu ternyata sekadar tohmahan murahan. Walhasil, RM786 juta hasil petroleum telah disalurkan kepada kerajaan negeri Terengganu untuk keperluan bayaran gaji serta komitmen kontrak. Malah, Kerajaan juga memenuhi kesemua tuntutan bayaran Pemberian Persekutuan kepada Terengganu iaitu RM413.64 juta (2023) ketimbang RM399.12 juta (2022); dan ini dijangka terus meningkat pada tahun 2024. Agihan peruntukan untuk Belanja Pembangunan juga kita tingkatkan untuk negeri Terengganu iaitu daripada RM1.55 bilion (2023) kepada RM1.59 bilion (2024). Saya memanjatkan kesyukuran dan penghargaan kepada seluruh penjawat awam dan warga agensi Kerajaan. Ikhtiar dan kudrat kalian untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat pasti akan mendatangkan hasil, tidak hanya kepada kalian sahaja tetapi kepada negara. #MalaysiaMADANI
226.82K
8.22K
3.62%
0
2.08K
536
203.67K
7.6K
3.73%
0
1.37K
421
Alhamdulillah, selamat tiba di Berlin
137.21K
3.29K
2.4%
0
374
68
Minggu lalu saya meluncurkan Tun Razak Exchange (TRX) sebagai pusat kewangan antarabangsa. Usai menyempurnakan majlis, saya diajukan soalan perihal nilai dan prestasi ringgit saat ini. Saya sedar akan kebimbangan rakyat berkaitan nilai pertukaran mata wang ringgit sekarang. Namun, jika dirujuk kepada angka dan asas ekonomi serta instrumen pelaburan, ia ternyata memberi gambaran yang berbeda. Kerajaan MADANI telah berjaya menurunkan kadar pengangguran ke paras terendah pasca-pandemik. Kendatipun, Malaysia masih menghadapi kenaikan kos barang, inflasi negara tidak sampai 2% pun pada suku keempat 2023 — sedangkan seluruh dunia masih dihimpit inflasi tinggi sejak pandemik. Seperti yang saya kongsikan semalam, Kerajaan MADANI telah meluluskan jumlah pelaburan langsung tertinggi di Malaysia dalam satu tahun kalendar pada tahun lepas, yakni RM329.5 bilion. Angka ini ternyata memberi gambaran yang kukuh kepada pelabur asing bahawa prestasi dan perencanaan kewangan negara setakat ini berhasil menarik minat pelaburan syarikat-syarikat gergasi dan institusi-institusi kewangan dari seantero dunia untuk bertapak di sini. Dengan terluncurnya TRX, ia pasti akan menambahbaik prospek masa hadapan negara. Saya beriltizam untuk memastikan Kerajaan MADANI akan membawa asas ekonomi kita dan kesejahteraan rakyat ke paras yang lebih tinggi. Saya amat berharap agar rakyat umumnya dapat mengikuti perjalanan ini dengan rapat dan menggarap keseimbangan yang cuba diwujudkan Kerajaan dalam menongkah arus cabaran geopolitik dan masalah rantaian bekalan makanan dunia sambil memastikan ekonomi kita kekal mampan dan terarah. #MalaysiaMADANI
120.17K
6.35K
5.29%
0
853
112
Sekitar lawatan mengejut di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang semalam untuk melihat sendiri pengurusan dan fasiliti lapangan terbang serta penugasan anggota khususnya Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Saya sampaikan pesanan supaya semua anggota bertugas dengan penuh disiplin dan integriti. Pastikan tiada lagi kecurangan dalam kalangan anggota yang boleh menyebabkan kerugian berbilion ringgit kepada negara. #MalaysiaMADANI
106.6K
4.78K
4.48%
0
284
112
Australia, senantiasa dekat di hati saya. Hubungan dua hala yang terjalin sejak sekian lama hampir 70 tahun lamanya kini dipertingkatkan lagi menerusi lawatan rasmi pertama saya ke Australia, selain turut mengetuai delegasi Malaysia ke dua program utama iaitu Mesyuarat Pemimpin Tahunan Malaysia-Australia dan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia. Insya-Allah, program-program di Melbourne dan Canberra yang telah diatur akan menyediakan peluang meneroka dan menonjolkan peluang kerjasama dan usaha sama antara perniagaan, institusi akademik dan organisasi budaya, selain menyerlahkan kekayaan budaya dan kekuatan ekonomi Malaysia. #MalaysiaMADANI
97.32K
10.77K
11.07%
0
735
545
Semalam saya meraikan suasana lebaran bersama para pesakit di wad kelas tiga dan kakitangan HKL yang bertugas. Saya hadir dengan harapan dapat menghidupkan suasana Eid-ul Fitr, memberi semangat kepada pesakit agar kuat untuk mencapai afiyah selain mendengar pandangan perawat dan staf. Kehadiran Eid-ul Fitr seharusnya menjadikan kita lebih baik dari tahun sebelum, menghidupkan fitrah dan tingkatkan sikap kasih sesama insan. #MalaysiaMADANI
97.31K
12.32K
12.66%
0
898
390
Alhamdulillah, saya sempat bertemu dan berbicara bersama orang ramai usai solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya hari ini. Moga kita semua terus berusaha memperpaiki diri dan istiqamah beribadat sepanjang dua minggu terakhir Ramadan, Insya-Allah. #MalaysiaMADANI
84.26K
8.32K
9.87%
0
527
201
Terima kasih adik Aafiya kerana teman Tok Anwar rasmikan Program MADANI Rakyat Zon Tengah semalam. 🥰🥰
71.69K
6.09K
8.5%
0
338
178
Pimpinan dan anggota KEADILAN perlu perkemas jentera dan gerak kerja di semua peringkat dan bergerak dengan lebih agresif. Langkah ini bagi membolehkan parti kita muncul sebagai gergasi dalam sistem politik negara. #MalaysiaMADANI #KEADILAN
66.46K
4.37K
6.58%
0
666
258
Saya umumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri untuk penjawat awam dan pesara Kerajaan. Semoga ia bermanfaat dan bermakna untuk mereka menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta, Insya-Allah. #MalaysiaMADANI
64.75K
4.77K
7.36%
0
496
412
Urusan di Berlin diteruskan dengan pertemuan bersama pimpinan industri dan perniagaan dalam usaha menarik para pelabur untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pilihan utama. Kesempatan yang ada juga saya gunakan untuk beramah mesra serta berdialog bersama warga Malaysia dan komuniti Islam di Jerman. #MalaysiaMADANI
64.03K
2.82K
4.41%
0
171
83
Mengiringi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-265 di Istana Negara semalam. Mesyuarat Majlis Raja-Raja ini telah dipengerusikan Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Dirgahayu Tuanku. #MalaysiaMADANI
61.93K
6.97K
11.26%
0
365
211
Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah atas undangan ke Majlis Berbuka Puasa di Istana Negara malam tadi. Daulat Tuanku!
59.94K
4.36K
7.27%
0
289
110
Parlimen semalam. #MalaysiaMADANI
56.82K
3.94K
6.94%
0
171
75
Usai perbualan dengan PM Shehbaz, saya juga menerima panggilan telefon daripada sahabat baik saya Presiden Recep Tayyip Erdoğan. Kami berbalas ucapan Eid Mubarak dan mendoakan agar masing-masing terus diberi kesihatan yang baik untuk memimpin negara. Presiden Erdoğan turut menzahirkan harapan agar hubungan antara kedua-dua negara dapat diperhebat terutama dalam bidang perdagangan dan pertahanan. Saya juga menggunakan peluang ini untuk sekali lagi mengundang Presiden Erdoğan untuk ke Malaysia. Kami gunakan kesempatan ini untuk membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa termasuk situasi di Palestin. Saya nyatakan bahawa komuniti antarabangsa perlu segera mendesak pembantaian dan penghapusan rakyat Gaza dihentikan. Malaysia akan terus komited menyuarakan pendirian tegas negara mengenai nasib rakyat Palestin di pentas dunia. #MalaysiaMADANI
51.94K
6.31K
12.14%
0
195
126
Saya sempat kunjungi Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk meninjau sendiri perjalanan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 yang bermula semalam. Mengharapkan wacana yang kritis sepanjang kongres berlangsung sehingga Sabtu ini dan mampu mencadangkan hala tuju serta pendekatan baharu untuk mencetus anjakan terhadap usaha memperkasa dan mereformasi agenda pembangunan ekonomi Bumiputera. Sebelum pulang, saya sempat meninjau reruai sempena KEB 2024 dan beramah mesra bersama beberapa usahawan Bumiputera. Saya kagum melihat usaha para usahawan yang ternyata gigih dan kreatif dalam membangunkan produk masing-masing. #MalaysiaMADANI
51.78K
3.38K
6.52%
0
239
77
Please join our TikTok Inspiration Facebook group
We'll share the latest creative videos and you can discuss any questions you have with everyone!
TiktokSpy from IXSPY
Digital tools for influencers, agencies, advertisers and brands.
Independent third-party company,Not the TikTok official website.
Copyright@2021 ixspy.com. All Rights Reserved